Monday, 13 February 2012

Takdir

Salam ..
Apa yg korg dpt katakan dgn takdir ? 

Takdir ialah suatu ketentuan yg telah ditetapkan oleh Allah. Sebelum makhluk dicipta lagi Allah telah menulis semua takdir makhluknya.

TAPI..  kita harus faham bahawa sesuatu takdir tu hanya Allah sahaja yg tahu. Jadi kita x boleh kata yang kita ni x cerdik brape nk pandai sebab takdir Allah. Icha ckp mcm tu sbb dari mana kita tahu kita tetap x brape nk cerdik pd masa akan datang ?? Oleh itu, kita x boleh la menyalahkan takdir semata-mata kerana hidup kita sedemikian. Kita perlu berusaha jgk kan ? Allah sendiri memerintahkan kita untuk berusaha, bekerja dan berikhtiar. Jgn sesekali menyalahkan takdir ye kawan2.



Dari Ali bin Abi Thalib bahawa Rasulullah SAW bersabda,
”Tidak ada seorang pun dari kamu melainkan telah dicatat / ditentukan tempat kembalinya, ke syurga atau ke neraka”. 
Para sahabat bertanya,
”Kalau begitu sebaiknya kita meninggalkan ibadah dan amal lalu bertawakal saja ?”. 
Rasulullah SAW bersabda,
”Beramallah, kerana semua orang dimudahkan oleh Allah sesuai dengan penciptaan-Nya”. 

(HR. Bukhari, Muslim)


Jgn kesali setiap qada' dan qadar Allah kerana Allah lebih mengetahui apa yg terbaik buat hamba-Nya :)




Thursday, 9 February 2012

BMM 3105

Pengajaran Bahasa Melayu berbantukan Komputer
Kursus ini menjelaskan penggunaan enjin pencari bahan bahasa Melayu, aplikasi garis panduan dan etika penggunaan internet, pemilihan bahan internet untuk pengajaran dan pembelajaran, pembinaan dan penggunaan tapak dan laman web, pengaplikasian struktur perpautan, pengaplikasian model pemprosesan maklumat, pengajaran bahasa secara atas talian, pengajaran dan pembelajaran secara bilik darjah maya dan sidang video, penggunaan alat pengarangan, mereksa cipta animasi, bengkel penggunaan cakera padat,  dan seminar dan pameran teknologi maklumat dan komunikasi dalam pengajaran bahasa Melayu.

 Sumber : Proforma BMM3105

Subjek ini sedikit sebanyak membantu icha untuk membina bahan-bahan pengajaran Bahasa Melayu melalui komputer. Pelajar sekarang kadang2 lebih advance daripada guru mereka. Jadi, subjek ini sangat membantu bakal guru untuk "mendahului" mereka. hehe. 

Terima kasih kepada pensyarah dan kawan2 yang bantu icha dalam subjek ni :)

Sekadar Renungan

Apabila satu pintu kebahagian tertutup, Allah membuka pintu-pintu lain. Kita hanya perlu menyedari akan pintu-pintu itu. Rahmat Allah itu terlalu luas. Jangan diketepikan. Itu namanya manusia yang tidak tahu bersyukur. Jangan kita tergolong di dalam golongan itu.



Redhalah walaupun ia pahit. Redhalah walaupun ia sakit. Kerana Allah tahu yang terbaik :)

 

Budak Baru


 Salam .. blog ini ialah kepunyaan cik icha sendirian berhad. Baru nak wujudkan blog di atas kehendak pensyarah iaitu En. Anua Haris untuk subjek BMM3105 Pengajaran Bahasa Melayu berbantukan komputer. Semoga blog ini dapat dimanfaatkan sepenuhnya untuk kawan-kawan mahupun icha sendiri.


Jadi, ma dan abah, icha minta izin buat blog ye. hehe :)